Di persisir Kuala Terengganu, terdapat sederet rumah kedai yang dikenai sebagai Kampung China (China Town) yang telah wujud sejak sekian lama. Ia merupakan perkampungan pedagang Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu yang bermula semenjak awal abad ke 15. Kewujudan Kampung China adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan kerajaan Terengganu. Pelayar terkenal , Abdullah Munsyi yang singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke 19 mencatatkan, kaum Cina pada zaman tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu.
Kuala Terengganu adalah satu bandar perdagangan maritim yang penting pada zaman dahulu. Rekod awal menyatakan Kuala Terengganu memiliki hubungan perdagangan antarabangsa dengan China. Rekod menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan Dinasti Ming China, Laksamana Zheng He di antara tahun 1405 dan 1433. Kuala Terengganu berkembang menjadi Bandar perdagangan yang penting antara kedua Negara. Bagaimanapun, selepas Empayar Melaka menakluk Bandar ini, pengaruhnya sebagai pelabuhan terutama di kawasan asia Tenggara merosot kerana kebanyakan pedagang lebih gemar berhenti di Melaka, yang merupakan pusat perdagangan antara China, India dan asia Tenggara.












